| with my luvly mama ;) |
LANGKAH UNTUK BANTU IBUKU...
Tips paling mudah untuk mengawal
kolesterol di dalam darah ialah dengan pengambilan minuman yogurt. Pengambilan
minuman yogurt berterusan selama dua minggu akan memberi kesan positif keatas
penurunan kadar kolesterol didalam darah.
AMARAN : pastikan anda tahu paras
kolesterol didalam darah anda sebelum menjalani apa-apa program
mengurangkannya. Ini kerana jika paras kolesterol terlalu rendah didalam darah
ia boleh mengakibatkan kerosakan keatas sel-sel darah merah anda. Kolesterol
adalah komponen untuk menguatkan sel plasma darah.
Aku ada usahakan beli oat untuk
ibuku jadikan makanan utama harian, sbb oat dapat membantu penyerap utama kolesterol
didalm darah. Selain tu dengan memakan kismis mampu mengurangkan kolesterol sebanyak 8%
dengan setiap pengambilan 400 kalori kismis setiap hari. Macam2 cara yang boleh dilakukan andai kita
byk membaca dan mengkaji... apa yang penting adalah kesihatan ibuku terjaga.
Selain tu aku nak suruh mak try
amalkan makan bawang putih,serbuk kayu manis, dan perahan jus lemon. Semua makanan tu amat sesuai untuk turunkan
kolesterol dalam darah.
Oppss... tapi aku kena larang dan tegah mak dari makan makanan
yg kolesterol hanya ada dalam makanan yang berasal daripada haiwan. Ini
termasuk semua daging, produk susu, telur dan produk yang dibuat daripada
makanan. Makanan penawar yang seimbang perlu bagi membantu badan mengurangi
kadar kolesterol dan menolong metabolik mencernakan lemak berlebihan serta mengembalikan
keseimbangan lemak dalam organisma anda.
Terung, misalnya membantu membersihkan lemak badan selain penawar menentang
lemak yang berkesan. Sayur ini mengandungi bekalan keseimbangan alam iaitu
vitamin, galian dan gentian yang boleh membantu menghalang kolesterol daripada
terkumpul dalam badan. Bahan ini bekerja serta-merta selepas memakan terung yang dibakar atau dimasak
yang bertindak menghalang penimbunan lemak atau kolesterol berlebihan.
Terung yang dicernakan membebaskan eleman yang akan mengikat kolesterol lemak
di dalam usus, `menangkapnya' dan kemudian, mengangkutnya ke luar daripada
sistem anda sebelum boleh berasmilasi di dalam aliran darah. Ia mempunyai elemen anti penyerapan yang berkuasa dan menjadi penampan kepada
kolesterol serta menghentikan perjalanannya ke dalam badan.
So, harap lepas ni kesihatan mak akan bertambah baik. Aku jugak perlukan bantuan dan sokongan dari adik beradik yang lain dan tak lupa juga pandangan dari anda yang membaca blog aku ni. Doakan yang terbaik untuk bonda kesayangan aku ok. ;)






