Wednesday, April 30, 2014

BERITA KURANG BAIK, IBU KESAYANGANKU HADAPI KOLESTEROL DALAM DARAH TAHAP BAHAYA...

with my luvly mama ;)
LANGKAH UNTUK BANTU IBUKU...

Tips paling mudah untuk mengawal kolesterol di dalam darah ialah dengan pengambilan minuman yogurt. Pengambilan minuman yogurt berterusan selama dua minggu akan memberi kesan positif keatas penurunan kadar kolesterol didalam darah.

AMARAN : pastikan anda tahu paras kolesterol didalam darah anda sebelum menjalani apa-apa program mengurangkannya. Ini kerana jika paras kolesterol terlalu rendah didalam darah ia boleh mengakibatkan kerosakan keatas sel-sel darah merah anda. Kolesterol adalah komponen untuk menguatkan sel plasma darah.

Aku ada usahakan beli oat untuk ibuku jadikan makanan utama harian, sbb oat dapat membantu penyerap utama kolesterol didalm darah. Selain tu dengan memakan kismis  mampu mengurangkan kolesterol sebanyak 8% dengan setiap pengambilan 400 kalori kismis setiap hari. Macam2 cara yang boleh dilakukan andai kita byk membaca dan mengkaji... apa yang penting adalah kesihatan ibuku terjaga.

Selain tu aku nak suruh mak try amalkan makan bawang putih,serbuk kayu manis, dan perahan jus lemon. Semua  makanan tu amat sesuai untuk turunkan kolesterol dalam darah. 

Oppss... tapi aku kena larang dan tegah mak dari makan makanan yg kolesterol hanya ada dalam makanan yang berasal daripada haiwan. Ini termasuk semua daging, produk susu, telur dan produk yang dibuat daripada makanan. Makanan penawar yang seimbang perlu bagi membantu badan mengurangi kadar kolesterol dan menolong metabolik mencernakan lemak berlebihan serta mengembalikan keseimbangan lemak dalam organisma anda.


Terung, misalnya membantu membersihkan lemak badan selain penawar menentang lemak yang berkesan. Sayur ini mengandungi bekalan keseimbangan alam iaitu vitamin, galian dan gentian yang boleh membantu menghalang kolesterol daripada terkumpul dalam badan. Bahan ini bekerja serta-merta selepas memakan terung yang dibakar atau dimasak yang bertindak menghalang penimbunan lemak atau kolesterol berlebihan.

Terung yang dicernakan membebaskan eleman yang akan mengikat kolesterol lemak di dalam usus, `menangkapnya' dan kemudian, mengangkutnya ke luar daripada sistem anda sebelum boleh berasmilasi di dalam aliran darah. Ia mempunyai elemen anti penyerapan yang berkuasa dan menjadi penampan kepada kolesterol serta menghentikan perjalanannya ke dalam badan.

So, harap lepas ni kesihatan mak akan bertambah baik. Aku jugak perlukan bantuan dan sokongan dari adik beradik yang lain dan tak lupa juga pandangan dari anda yang membaca blog aku ni. Doakan yang terbaik untuk bonda kesayangan aku ok. ;)

No comments:

Post a Comment