Assalamualaikum..
Nak
pakai tudung atas sebab apa?...sebab ikut arahan ALLAH ke atau sekadar
mengikut-ngikut teman, sebab mak bapak suruh atau sebab fesyen atau sebab pakai
tudung bagi muka Nampak cute nanti ramai yang dok puji, tayang kat face book ramai
yang akan like atau sebab malas nak jaga rambut so nak senang pakai jek tudung
abis citer atau saje-saje nak pakai, klau rajin pakai kalau malas campak jek
tudung tu,ikut mood..
Ada
juga ramai beranggapan bahawa pakai tudung ni time nak keluar pergi jejalan
jek, bila nak pergi ke kubur jek, atau bila nak pegi ke masjid jek atau bila
time nak akad nikah jek..
Ramai
yang alpa, bahawa aurat itu bukan sekadar nak keluar jauh-jauh baru nak
tutup,tapi bila seorang wanita itu keluar dari pintu rumah .dia wajib pakai
tudung tutup aurat walaupun sekadar nak jalan kat depan pagar rumah atau nak
teman anak2 bermaian di halaman rumah atau nak jemur kain.
Kena
peka dan yakin apabila kita berada diluar rumah, sudah tentu ada kemungkinan
besar aurat kita akan mudah terlihat
oleh orang-orang bukan mahram..
kadang-kadang sedih tengok seorang bapa atau
abang biarkan sahaja anak atau adik perempuan mereka keluar rumah tanpa menutup
aurat dgn sempurna,walhal jika itu yang berlaku kelak ayah atau abang akan
ditarik ke neraka hanya kerana tidak menegur anak atau adik perempuan mereka
supaya menutup aurat.
Yang
amat menyedihkan adalah bila tengok orang yang pakai tudung ni macam
biskut..sekejap pakai sekejap tidak.. hari ni letak gambar kat face book pakai tudung
sopan,kejap lagi atau esok dah letak gambar tak pakai tudung pulak..
Orang
yang dahulunya tidak bertudung, tapi dengan hidayah dari ALLAH dia telah
bertudung,maka tidak perlulah lihat dia yang dahulu, tapi lihatlah dia yang
sekarang..
bertudung kerana ALLAH,dia akan jaga tudungnya, pakaiannya dan
akhlaknya selaras dengan apa yang ALLAH mahu, tapi sekiranya bertudung bukan
kerana ALLAH,dia hanya akan sekadar menutup rambut tapi tidak menjaga pakaian
dan akhlak..
Jika
anda masih tidak menutup aurat dengan sempurna anda akan dilanda seksaan..jika
di dunia orang yang tidak menutup aurat sebenarnya akan mendapat seksaan
semenjak di muka bumi lagi. Yang biasa dan yang sudah berlaku akhir zaman ini
ialah maksiat, makin dicegah makin menjadi, berbagai bencana, perasaan tak
tenang, membesarkan sifat mazmumah, timbulnya berbagai penyakit yang tiada
ubat, manusia hilang rasa malu, gejala social yang menjadi-jadi..
Di
dunia saja macam-macam bala yang ALLAH turunkan , belum lagi di akhirat
kelak..mampukah kita tanggung. Setiap orang yang tidak menutup aurat akan
dibakar oleh ALLAH di dalam api neraka..tahap kepanasan api neraka adalah 70
kali ganda dari api kat gunung berapi tu..bayangkan.. orang yang tak tutup
aurat ni kawan mereka adalah syaitan..rambutnya yang dulu masa hidup kat dunia
suka di tayang-tayang sana-sini tu akan digantung manakala api menjulang-julang
membakarnya sehingga mendidih ke otaknya.
Jadi
sebelum terlambat kembalilah ke jalan yang ALLAH redha..hanya di dunia sajalah
peluang untuk seseorang itu bertaubat dan melakukan amal kebaikan. Kita hidup
kat dunia sekajap sangat..hanya orang yang benar-benar takut pada ALLAH saja
yang akan sedar bahawa hidup dia sangat singkat.jangan pernah rasa cukup buat
kebaikan..
-akhir
kata anda buat anda dapat-