Monday, July 7, 2014

BERHIJAB ANTARA KEMAHUAN DAN ALASAN

Assalamualaikum..

Nak pakai tudung atas sebab apa?...sebab ikut arahan ALLAH ke atau sekadar mengikut-ngikut teman, sebab mak bapak suruh atau sebab fesyen atau sebab pakai tudung bagi muka Nampak cute nanti ramai yang dok puji, tayang kat face book ramai yang akan like atau sebab malas nak jaga rambut so nak senang pakai jek tudung abis citer atau saje-saje nak pakai, klau rajin pakai kalau malas campak jek tudung tu,ikut mood..

Ada juga ramai beranggapan bahawa pakai tudung ni time nak keluar pergi jejalan jek, bila nak pergi ke kubur jek, atau bila nak pegi ke masjid jek atau bila time nak akad nikah jek..

Ramai yang alpa, bahawa aurat itu bukan sekadar nak keluar jauh-jauh baru nak tutup,tapi bila seorang wanita itu keluar dari pintu rumah .dia wajib pakai tudung tutup aurat walaupun sekadar nak jalan kat depan pagar rumah atau nak teman anak2 bermaian di halaman rumah atau nak jemur kain.
Kena peka dan yakin apabila kita berada diluar rumah, sudah tentu ada kemungkinan besar  aurat kita akan mudah terlihat oleh orang-orang bukan mahram..



kadang-kadang sedih tengok seorang bapa atau abang biarkan sahaja anak atau adik perempuan mereka keluar rumah tanpa menutup aurat dgn sempurna,walhal jika itu yang berlaku kelak ayah atau abang akan ditarik ke neraka hanya kerana tidak menegur anak atau adik perempuan mereka supaya menutup aurat.

Yang amat menyedihkan adalah bila tengok orang yang pakai tudung ni macam biskut..sekejap pakai sekejap tidak.. hari ni letak gambar kat face book pakai tudung sopan,kejap lagi atau esok dah letak gambar tak pakai tudung pulak..

Orang yang dahulunya tidak bertudung, tapi dengan hidayah dari ALLAH dia telah bertudung,maka tidak perlulah lihat dia yang dahulu, tapi lihatlah dia yang sekarang.. 
bertudung kerana ALLAH,dia akan jaga tudungnya, pakaiannya dan akhlaknya selaras dengan apa yang ALLAH mahu, tapi sekiranya bertudung bukan kerana ALLAH,dia hanya akan sekadar menutup rambut tapi tidak menjaga pakaian dan akhlak..


Jika anda masih tidak menutup aurat dengan sempurna anda akan dilanda seksaan..jika di dunia orang yang tidak menutup aurat sebenarnya akan mendapat seksaan semenjak di muka bumi lagi. Yang biasa dan yang sudah berlaku akhir zaman ini ialah maksiat, makin dicegah makin menjadi, berbagai bencana, perasaan tak tenang, membesarkan sifat mazmumah, timbulnya berbagai penyakit yang tiada ubat, manusia hilang rasa malu, gejala social yang menjadi-jadi..

Di dunia saja macam-macam bala yang ALLAH turunkan , belum lagi di akhirat kelak..mampukah kita tanggung. Setiap orang yang tidak menutup aurat akan dibakar oleh ALLAH di dalam api neraka..tahap kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda dari api kat gunung berapi tu..bayangkan.. orang yang tak tutup aurat ni kawan mereka adalah syaitan..rambutnya yang dulu masa hidup kat dunia suka di tayang-tayang sana-sini tu akan digantung manakala api menjulang-julang membakarnya sehingga mendidih ke otaknya.



Jadi sebelum terlambat kembalilah ke jalan yang ALLAH redha..hanya di dunia sajalah peluang untuk seseorang itu bertaubat dan melakukan amal kebaikan. Kita hidup kat dunia sekajap sangat..hanya orang yang benar-benar takut pada ALLAH saja yang akan sedar bahawa hidup dia sangat singkat.jangan pernah rasa cukup buat kebaikan..

-akhir kata anda buat anda dapat-

No comments:

Post a Comment